Thursday, November 19, 2009

Induksi Mode~

Assalammualaikum semua. Maaf tak sempat nak ber up date kan blog. Sekarang dalam mode Kursus Induksi modul khusus. Balik penat tidur. Layan benda-benda ringan sahaja,huhu..Apa-apa pun, semoga semua sihat-sihat belako..


Saya berkursus dari 17 November 2009 hingga 23 November 2009. Jumpa lagi nanti semua deh!!~




muka penat balik kursus,hehe

Wednesday, November 11, 2009

Saya Gembira!!~

Perjalanan saya Khamis (5/11/2009) ke Selangor dan Kuala Lumpur untuk beberapa tujuan yang agak besar telah memberi signifikannya kepada saya. Perjalanan yang saya boleh katakan pemberianNya untuk waktu dan ruang; amat saya syukuri. Lebih-lebih lagi saya mendapat dan berjumpa dengan apa yang saya kenangi dan rindui selama ini.


Dari Kuala Terengganu ke Gombak. Dan dari Gombak ke Puchong Jaya terus ke Subang Jaya. Bertemu anak-anak saudara itu sudah pasti mengubat rindu. Dan yang paling tak tahan, akhirnya Aisya Safia berjaya juga rapat dengan bapak sedaranya ini yang kelihatan garang padanya,hehe..Tak lupa,selamat ulang tahun kepada Irham pada 09/11/09 yang lalu. Amir pun begitu semangat sekali kali ini.Love you all!!~



Irham dan ayahnya




Piala Malaysia 2009






sanak saudara dan saya



Beberapa sejarah sudah berlaku. Dicoretkan di sini agar kita dapat mengambil teladan mana-mana yang baik dan jadikan sempadan mana-mana yang tidak baik.



-Dalam sejarah, tiket jualan Piala Malaysia sebanyak 85,000 habis terjual sebelum perlawanan.


-Seramai 70,000 penyokong Kelantan membanjiri stadium.


-pertama kali Piala Malaysia akhir dalam keadaan seolah-olah berada di kawasan 'perang'


-kekalahan ini memaksa pasukan Kelantan menerima dan menanggung malu serta aib atas apa yang dilakukan oleh beberapa penyokong Kelantan yang tidak mempunyai semangat kesukanan yang sebenarnya.

-lagi...??? hanya massa dan media beberapa hari ini akan menentukan sejarah-sejarah yang baru hasil apa yang berlaku tempoh hari.



Paling saya tersentuh hati apabila mendengar berita satu keluarga di Semenanjung Malaysia kita memutuskan pertunangan anaknya dengan seorang pemuda dari Kelantan disebabkan ke'ganas'an terlampau tempoh hari di Bukit Jalil. Saya yakin ini menzalimi kerana tiada kaitannya di situ. Tapi, apa-apa pun saya doakan dari jauh untuknya semoga bertemu dengan jodoh yang lagi baik dan sesuai dengannya..AMEEN!!!!~


Abah, saya dan adik




Abe Qie, Abe Mie, Pak Sedara dan anaknya dan saya

sepupu sepapat,hehe


Berjumpa sanak saudara


Ini part yang paling best sebab tidak pula dijangka akan bertemu kalian semua. Dari sepupu, ayah saudara yang sudah lama tidak berjumpa, kawan-kawan..semuanya seperti reunion pula ketika berada di stadium Bukit Jalil. Semoga pertemuan ini membawa lagi besar rahmat dan berkat dariNya.



Walaupun kalah 1-3, namun kehadiran ramai mereka amat menggamit suasana. Kepada penonton yang tidak bertamadun itu, sila lah berubah kepada perangai yang lebih baik. Tiada gunanya dengan berlaku sedemikian rupa. Cuba lagi tahun depan Kelantan FA!!




Haa..yang ni best!!




penganjur dan En Ali
Dapat menghadiri persembahan terbuka kumpulan Nasyeed Al-Farabi di Taman Tasik Titiwangsa dan berjumpa dengan orang yang sepatutnya, begitu menggembirakan saya. Di samping Al-Farabi; kumpulan nasyeed yang penuh dengan muzik instrumentalnya. Sebelum ini, saya hanya mendengar secara bukan live, kali ini secara live dan sememangnya mereka begitu berbakat. Semoga terus maju nanti!!

Promosi Al-Farabi!!!!~hehe..

Akhlaknya


Saya suka dengan pengembaraan dan perjalanan kali ini. Pertamanya sebab Allah s.w.t mudahkan segalanya. Dari awal hingga akhir. Dan paling penting, saya mendapat sesuatu yang saya selalu impi dan gambarkan selama ini. Semoga Allah berkatinya; sokmo-sokmo lah!!!!

p/s-Saya gembira lagi!!!

Tuesday, November 03, 2009

Belajar Untuk Hidup Sederhana

Cuba anda bayangkan anda mendapat duit sebanyak ini dan itu. Kemudian, jumlah itu adalah tidak pernah anda jangkakan. Apa yang akan anda lakukan? Apa yang akan anda rancangkan dengan duit itu? Apa dan apa...??


Kawan



Kawan saya mendapat durian runtuh kali ini. Dia mendapat sejumlah wang besar dalam beberapa hari ini. Alhamdulillah, jumlah itu sudah memadai untuk gajinya untuk setahun. Waduh,banyak sekali!!~



Tapi, apabila saya melihatkan duit nya yang banyak itu dia masih sempat lagi merancang itu dan ini. Sebab selama ini saya selalu beranggapan dia selalu tak cukup wang sebab berbelanja lebih!!!huhu..rupanya saya silap.



Dari satu-satu perkara dia merancang. Sebenarnya dia yang lebih merancang untuk keluarganya. Alhamdulillah, nampaknya satu-satu perancangannya berjalan dengan baik.


Belajar Sederhana




" Bro, kau nanti kalau tiba-tiba ada duit banyak macam aku jangan belajar untuk bermewah-mewah sangat. Rancang untuk masa depan. Kan ko dah pergi Minggu Kesedaran Kewangan peringkat Universiti tempoh hari..," pesan kawan.


" Ye la. Tapi aku ni kalau duit banyak macam ko nanti, mata aku dah jadi lain dah,hehe...,"gelak besar saya dibuatnya.


" Aku macam biasa, belajar lah untuk hidup sederhana!!!," dengan agak tegas kawan saya mengingatkan tapi dalam maksudnya untuk aku fahami.


" Insyaallah....," saya menjawab.


Duit dan Perancangan


Seperti post yang lepas, kita seharusnya sentiasa membuat pelbagai persediaan dan perancangan untuk masa depan. Dan itu semuanya harus bermula dengan kita belajar untuk berbelanja secara sederhana. Guna bila PERLU. Set kan minda kita untuk sentiasa begitu.
" Tapi, kau kan nak pergi tengok Final Bola Akhir hujung minggu ni, tak 'makan' duit ke semua tu?," tanya kawan saya ni.
" Itu aku no komen lebih,hehe. Mungkin sebab minat dan ada 'sesuatu' yang aku tunggu di sana," saya menghabiskan ayat.

Akhlaknya

Siapa-siapa yang dah mula mendapat duit dari gajinya sendiri, mula lah untuk belajar hidup sederhana. Simpan setakat mana boleh di simpan..

p/s-belajar lah hidup sederhana~

Saturday, October 31, 2009

Ini Incubation Period~

Sah!!!!

" Memang anak mami semua demam bola," mak saya memulakan bicara.

" Sebenarnya bukan baru-baru je kamu semua ni minat sangat dengan bola sepak Kelantan, nuh..arwah Cik (tok sebelah Mak) tahun 70an dulu sanggup lepas solat Maghrib di masjid terus ke stadium Kota Bharu dengan kain pelikatnya. Ketika itu bak kata orang, sampaikan Tuan Imam Besar Masjid Kota Bharu, Tn Hj. Aziz pun sanggup bagi syarat kepada orang yang nak buat majlis akad kahwin dengan dia. Kalau nak buat malam ada game bola, tak boleh nak guna dia selaku Tok Kadi untuk malam tu," mak saya menerangkan kepada saya.





Sempat pulang ke ' Albaiti ' hujung minggu ini. Bertemu muka dengan orang yang akan dan selalu kita sayang. Mak dan abah saya. Adik-adik. Cuma kali ini, tiada isu lain cuma bercakap tentang bola sepak Kelantan.


Saya tak mahu mencetuskan apa-apa isu, cuma mahu mengulas bahawa isu bola sepak bukan sahaja demam sekarang, cuma ia sudah lama ada di Kelantan. Bak kata istilah medikal, ia ibarat dalam incubation period.Ia duduk memeram lama sehinggakan pada masa sesuai, ia akan muncul. Untuk kes ini masa yang sesuai adalah sekarang. Dalam tempoh kali ke berapa saya tak tahu, ia meletup lagi!!~


Dari si Kijang bertukar menjadi pahlawan Merah, walaupun ia nama tapi masih lagi tercalit semangat seorang pejuang di situ. Malam ini, penentu adakah pejuang-pejuang ini berjaya atau tidak, Perlis yang akan mengesahkan keputusannya. Apa-apa pun, kalau Allah dah buat keputusan satu-satu pasukan itu menang, kita dah tak boleh buat apa dah kan,huhu..


Lama dipendam

Sudah 40 tahun. Kalau kena gaya, dapat menang satu Piala kali ini barangkali bak kata istilah orang Kelantan, 'belarok' satu Kota Bharu barangkali. Tapi, apa-apa pun saya sendiri dengan penuh rasa takzim untuk melihat ia berjaya kali ini. Semangat mereka sudah ada di tempatnya, cuma tuah pula akan menentukan.

All the best Pahlawan Merah!!!~

Thursday, October 29, 2009

This Is Facts~Maybe..

" Eh kau ni, kenapa macam malu-malu pula nak cakap dengan staff perempuan?," sapa kawan aku di sini.

sekolah rendah

sekolah menengah..



" Mana ada malu la. Aku hormat dia. Cakap kena lemah lembut. Lagi pun nanti kita nak berurusan lama dengan dia," saya mem back up kan diri,hehe.

" Ye ke kau. Badan je besar, tapi malu dan segan pulaakk...Apa macam ni," sambil gelak kawan saya ni.


" Hehehe..kau tak tahu, aku ni 11 tahun hidup tanpa perempuan," aku memberitahu fakta.


" 11 tahun?? Habis tu mak kau tu apa? Mana ada orang boleh tak hidup bersama perempuan,hehe...," lagi kawan saya mengejek,hehe.



" Ye la. Aku dari sekolah rendah sampai la sekolah menengah, belajar sama-sama geng lelaki. Masa matrikulasi dan Universiti sampai sekarang je baru boleh hidup sekeliling bersama orang perempuan. Sebab tu aku nak cakap dengan orang perempuan ada malu-malu sikit. Walaupun badan aku besar," aku gelak besar...



" Mak tu lain kira. Cakap dengan mak lain nak cakap dengan orang perempuan sekeliling kita kan. Tapi mungkin kesan bercakap dengan mak selama ini dengan adab dan hormat letak kat depan. Cakap dengan penuh humor mempengaruhi kalau saya bercakap dengan orang sekarang. Lagi-lagi apabila berurusan dengan orang perempuan sekarang"



" Pastu macam mana la kau nak komunikasi baik dengan orang perempuan nanti,?" tanya kawan pula.


" Tak baik lagi ke sekarang ni??," tanya saya pula.



" Hehe..baik.Tapi nampak macam tak smooth..hehe," kawan saya menegur.



" Smooth tak smooth. Tu pun dah bergetar lutut aku nak bercakap,hehe.. Takpe la, nanti aku belajar dengan bakal isteri aku nanti," sambil gelak besar lagi saya berbicara.


...................................................

Selesai berurusan dan berbicara, kami ke cafe berdekatan. Macam biasa dalam kepala saya, tak habis-habis dengan isu ini. Tak betul lagi ke aku berkomunikasi dengan orang perempuan. Kasar sangatkah? Rasanya dengan urusan kerja, dah cukup baik dah. Apa-apa pun, mungkin ada kena perbaikinya lagi untuk urusan masa hadapan. Apa-apa pun, maaf saya dahulukan pada staff yang merasakan saya ada bercakap agak kasar sikit ye. Wa'llahu alam.!!~


p/s-rasa macam dah cukup lembutnya bercakap,hehehe..

Tuesday, October 27, 2009

Kelantan Go More!!

Dulu Kelantan bernasib baik ketika perlawanan separuh akhir Piala FA. Kalah 0-1 kepada Negri Sembilan, tapi akhirnya menang 1-2 di Seremban, berjaya mengikat dengan agregat 2-2 tetapi layak ke peringkat akhir dengan kelebihan jaringan di tempat lawan. Dan ketika itulah sudah berlakunya kejadian yang tidak disenangi dengan insiden segelintir penyokong pasukan Kelantan membakar trak polis. Harap ia jadi pengajaran buat semua..


Malam ini~


Sejarah harus dibuat lagi. Pasukan bola sepak Kelantan menerima kunjungan khas YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada perlawanan separuh akhir pertama malam ini. Dijangkakan kehadiran ramai penyokong malam ini amat menggusarkan semua kerana kalau kalah malam ini, ramai yang beranggapan tak tahu lah apa yang akan dibakar nanti. Tapi, diharapkan dengan kehadiran Tuan Guru semoga semua penyokong Kelantan selaku rakyat di bawah naungan MB dapat menjaga tingkah dan juga laku masing-masing.


Lawan dan lawan!!~
Pertembungan klasik antara Kelantan dan Perlis mempertemukan dua orang penggempur berbisa buat masa ini Indra dan juga Nizar. Ibarat pertembungan Utara-Pantai Timur, sejujurnya ia harus dilihat dan dipandang positif oleh semua. Positif kepada semangat kesukanan dan juga positif kepada isu pembangunan sukan dalam negara kita yang menuntut terlalu banyak perubahan dalam minda dan mentaliti kita. Lebih-lebih lagi sukan sebegini. Bagi saya, ada sebab kenapa MB Kelantan turut sama dalam perlawanan malam ini. Untuk memberi sokongan satu hal, akan tetapi untuk menunjukkan betapa sukan sebenarnya amat digalakkan dalam Agama cuma ada beberapa syarat sepatutnya dipatuhi.


-aurat


-masa yang tidak terbuang sebegitu sahaja


-paling penting isu solat!!



Mungkin MB Kelantan tidak dapat mengubah semuanya malam ini, tapi saya difahamkan dengan kehadiran MB Kelantan malam ini mungkin akan mengubah beberapa persepsi masyarakat kepada keterbukaan Islam terhadap sukan. Mungkin akan ada pemain yang tidak menutup aurat tapi kita jangan lupa, Kerajaan Negeri Kelantan sudah hampir setiap tahun menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Menteri Besar Kelantan yang antara syarat kejohanan adalah pemain wajib menutup aurat dan juga menjaga waktu-waktu solat. Dan ia berlangsung dengan lancarnya walaupun tidak mendapat banyak tajaan besar. Jadi dengan hadirnya MB malam ini, dengan jujur saya melihat ia sebagai membawa mesej besar iaitu sukan Bola Sepak boleh dikembangkan dengan baik dengan mengikut syarat-syaratnya. Mungkin malam ini MB Kelantan boleh melanjutkan perbincangan bersama Presiden KAFA, Tan Sri Anuar Musa dalam isu ini. Selamat maju jaya nanti!!~


Sengit dan berdisplin

Itu sepatutnya yang berlaku malam ini. Sengit dan bermain dengan penuh displin untuk pemain dan penyokong. Cuma satu yang diharapkan, semoga Kelantan dapat ke Finale Piala Malaysia untuk kali ke tiga barangkali setelah terakhir pada tahun 1965 barangkali (saya pun tak pasti,hehe).

Yang pasti, berilah sokongan yang terbaik untuk setiap pasukan masing-masing!!~


p/s-nak balik ke tak malam ni??hehe..

Monday, October 26, 2009

Antara Kereta, Bajet dan Perancangan..

Semalam, kereta saya rosak lagi buat sekian kali setelah terlibat dengan kemalangan kecil semasa bulan Ramadhan yang lalu. Dalam kepala, saya hanya memikirkan berapa banyak lagi duit yang akan dikeluarkan. Sedangkan upah untuk kerja saya bagi November nanti di hujungnya baru dibayar. Walaupun sekarang ada lagi duit berbaki, tetapi disebabkan tidak tahu berapa nilai yang dikeluarkan nanti selepas di baiki, saya menjadi sedikit terkedu dengan hal ini.



Tiara saya selepas dilanggar


" Mami, nanti weng nak hantar balik semula la kereta nanti, banyak rosak la pula kereta ini. kadang-kadang weng rasa tak dan nak support pula kalau selalu rosak begini," mengadu saya dua hari lepas pada mak tersayang saya.


" Ye ke. Takpe lah. Nanti balik, kita bincang semula," mak saya mematikan ayat saya di situ. Saya rasa macam ada yang tak kena pula.


Tiara dan Kami

Kereta Tiara yang saya naiki sekarang adalah warisan dari abah saya dan dibawa kepada abang kedua saya dan kemudian saya. Kereta ini adalah amat bernilai sebenanya. Banyak usaha membesarkan adik-beradik saya dengan kereta ini. Sehinggakan abang Fais yang menggunakannya tidak pernah pun untuk mengeluh menggunakan kereta ini waima ketika itu abang Fais saya mampu untuk menggunakan kereta yang lagi baik dengan gajinya ketika itu. Mungkin nilainya yang agak sentimental dan meng'ajar' erti susah itu amat berharga untuk abang Fais.


Tapi, apabila kereta itu dengan saya tak sampai 3 minggu dah kena langgar dek orang. Nasib baik saya dan orang yang langgar itu alhamdulillah tidak ada apa-apa. Tapi masa tu saya pun dah lari bajet juga la,hehe..Ada juga yang kena baiki kerosakannya. Macam-macam redhuan ni!!~


Abang Hilmi

Seorang yang amat dedikasi dalam hal merancang bajet dan aliran duit. Begitu cermat menggunakannya pada yang perlu. Bukan pada yang hendak. Bukan yang terlebih mahu. Pernah ditegur masa kecil-kecil dulu dengan abang Hilmi;


" Weng, jangan ambil ikan dalam pinggan banyak-banyak sangat..orang lain ramai lagi kat belakang...dan ambil guna sudu. Nanti orang belakang kita nak makan, macam mana nanti..??," tegur abang Hilmi pada saya..


..dan abang Hilmi tak pernah merungut atau mengeluh tentang bajetnya yang saya rasa sentiasa cukup malah boleh menyimpan walaupun kakak ipar saya masih lagi menjadi suri rumah buat masa ini. Tapi kakak ipar saya begitu sekali pandai dengan kemahiran menjahit dan memasak. Kemahiran itu digunakan sepenuhnya...dan rezeki Allah bagi lagi untuk sekian kalinya dengan kedatangan Nurul Huda Maisarah..alhamdulillah!!~



Nurul Huda Maisarah bersama Mami Tok nya..


Saya, kereta, bajet dan perancangan



Sempat berbual dengan staf saya di makmal, dia memberi beberapa penyelesaian kepada saya dalam hal ini. Dia pesan, lebih baik saya belajar dengan kereta yang ada sekarang yakni kereta Tiara. Ini kerana kereta macam ini akan mengajar kita betapa kita perlu sentiasa bersedia dengan bajet-bajet yang ada, di samping lebih mengajar kita erti TAHU susah dan senang. Walaupun kita berduit, tapi jangan ajar untuk berMEWAH (maksudnya jangan fikir lagi nak ambil kereta baru!!~,hehe)


Saya terKESIMA yang amat sekali. Teguran bermakna,huhu..Patutlah mak saya macam lain je bila saya beritahu mahu pulangkan semula kereta Tiara. Sedangkan abang saya boleh je gunakan dengan baik selama bertahun-tahun, saya baru sekejap je dah tak boleh tahan??







Saya mengambil ianya dengan penuh iktibar atas apa yang berlaku. Disamping bajet 2010, bonus untuk kakitangan kerajaan tiada, hanya duit hadiah RM500 sahaja; jadi saya perlu bersyukur dan merancang dengan apa yang ada. Dicampur dengan ada sedikit perangai saya yang tidak mampu lagi mengawal aliran keluar masuk duit dengan sempurna (maksudnya boros juga lah sedikit,huhu...), perancangan bajet memang sudah patut ada dari sekarang. Untuk kereta, untuk bajet diri sendiri, dan paling penting untuk masa depan nanti..Wallahu a'alam.

p/s-masa hadapan, dah macam nak kena kahwin ni,hehe..Ameennn!!!~

Saturday, October 24, 2009

Kalah juga..

Dua hari berlangsung sukan staff bagi sepak takraw, badminton,bola tampar pantai dan juga bola jaring lelaki dan juga wanita kali ini amat menuntut semangat kesukanan yang tinggi dan juga kekuatan menahan marah. Alhamdulillah, pasukan kami terutama bola tampar pantai dan juga bola jaring LELAKI(main penat juga ye,hehe) sempat menjengah ke semi final. Dalam kepanasan pagi dan juga petang, kami bertarung dan juga hampir benar-benar bertarung dalam semi final sebentar tadi. Akibat marah dan juga amarah yang ada, lebih-lebih lagi LELAKI yang main memang tunggu masa nak angkat kaki je la kalau marah. Tapi, alhamdulillah tak pula jadi sedemikian rupa..

Nampaknya blog saya dah jadi macam diari pula. Apa-apa pun,buat masa sekarang ini sahaja yang boleh saya update kan.Tidak idea sangat dah sekarang. Penat dah dengan kerja yang bertimbun-timbun(banyak???hehe..)

Akhirnya, tahniah saya ucapkan kepada yang berjuang hingga ke akhirnya walaupun kalah sebentar tadi. All the best!!!~

Wednesday, October 21, 2009

Sihatkan Diri dan Akal

Masa sihat, pasti kita selalu terlupa akan mahu menjaganya lagi. Tapi bila sakit je, gelabah kita mahu mencari ubat sana dan sini. Saya sendiri pun sama. Sakit gastrik saya kadang-kadang memuncak juga. Bila sudah memuncak, baru nak tersedar yang saya ini selalu makan pedas-pedas juga (walaupun dah selalu dipesan!!!~huhu), dan ubat selalu juga jarang makan sejak Idulfitri ini.


Sihatkan Diri dan juga Akal

Mari kita sama-sama ambil langkah untuk menjaga dua kesihatan yang amat bermakna ini. Akal yang sihat pasti mendapatkan tubuh badan yang lagi sihat.Paling penting, Allah suka kan kepada mereka; mukmin yang kuat dan sihat.

Tapi saya kadang-kadang agak terkejut apabila kita yang terlalu begitu memudahkan syarat-syarat dalam bersukan ini. Sehinggakan pergaulan kita antara lelaki perempuan diper'mudah'kan dengan alasan hanya untuk 'fun' semata, betapa itu membawa kepada satu perkara yang lagi besar lagi; mungkin ketidak sukaan Allah terhadap sesuatu yang sepatutnya mendapat berkat ini.

Bersukan atau apa-apa aktiviti pun tak salah selagi kita ikut syarat-syarat yang ditetapkan agama, cuma kalau melanggar syarat itu, jadilah ia HUKUM sebaliknya.


Sukan Staf~Bola Jaring


Saya lagi terKESIMA apabila tersenarai dalam pasukan bola jaring LELAKI untuk sukan staf di Universiti Malaysia Terengganu hujung minggu ini. Semua rata-rata staf lelaki tidak pernah main selama ini, sekali main macam banyak sangat pula rules and roles nya. Makin susah pun ada. Patutlah orang kata game ini sesuai untuk golongan Hawa sebab ia hanya guna sedikit sahaja tenaga berbanding sukan-sukan yang menggunakan lagi banyak tenaga. Sesuai dengan kelembutan dan keAYUan kaum Hawa itu sendiri.


Tapi, saya kadang-kadang ada juga rasa terkilan apabila kami staf Lelaki dipaksa bermain bersama staf wanita untuk atas nama 'latihan'. Sejauh mana saya betul-betul terkilan dan juga marah sehinggakan sudah banyak kali saya tidak turun latihan (baru je 3 kali,huhu) sehinggalah akhirnya kami kena juga bermain sesama sendiri staf lelaki. Yang jadi masalah pula, kami staf lelaki bajet macam hebat pula sebab bila latihan, 3 hingga 4 orang sahaja yang datang. Kesian,hehe..Apa-apa pun, menang atau tidak, itu semua bergantung kepada perancangan dan strategi masing-masing. Dicampur dengan stamina yang ada, mungkin dia adalah juara!!!~


Sihatkan Diri dan Akal KeranaNya


Tiada kompromi dalam hal ini. Kalau mahukan ia jadi ibadah, set up kan segalanya dari niat sehingga apa yang kita pakai dan lakukan ketika bersukan seiring dan sama dengan syarat menjadi IBADAH. Agar ia selari, Allah pun pasti redhai, semua orang akan senang hati dan menang serta Juara itu PASTI!!!~insyaAllah..

p/s-sukan betul-betul!!

Sunday, October 18, 2009

Maksiat Besar Yang Biasa

Beberapa masa dulu, saya ada membaca satu artikel tentang masalah seorang kakak yang tidak-tidak sudah berusaha untuk mendapatkan zuriat namun Allah s.w.t masih lagi belum kurniakan padanya rezeki itu. Namun tidak mengapalah kata kakak itu; mungkin belum sampai masanya lagi. Tapi yang menjadi kebimbangan dan kerisauan kakak itu adalah tentang begitu senang sekali anak-anak muda sekarang tanpa rasa segan dan malu pada masyarakat(kalau kita tidak malu pada Allah s.w.t sangat pun) melahirkan anak-anak luar nikah. Dan yang paling teruk, kalau takut malu depa buang sahaja bayi itu.

Pada saya, kalau begini lah keadaannya tak pelik Masyarakat Malaysia yang muslim akan totally berubah hidupnya mahu jadi ala-ala mat salleh yang buruk perilaku dan perangainya dalam hal-hal sebegini.

Saya hanya mahu salin dan tampalkan di sini apa yang ditulis dalam Harian Metro tentang hal ini.


Amalan seks bebas di kalangan remaja pada masa ini boleh dianggap memasuki zon kritikal apabila data dikumpul daripada dua rumah perlindungan wanita di Lembah Klang mencatatkan 2,701 kes kehamilan luar nikah sejak 1996 sehingga September lalu.


“Lebih membimbangkan, ketika jumlah kes yang dikendalikan meningkat, usia wanita hamil luar nikah itu makin menurun kerana ada yang baru berusia 15 tahun”


“Trend wanita lahir anak luar nikah kini sangat membimbangkan kerana ia dianggap perkara biasa dan bukan lagi hal besar. Bayangkan, hampir setiap hari secara purata saya terima dua panggilan telefon berkaitan masalah hamil luar nikah


Subhannallah!!~begitu sekali hebat cabaran masa kini Allah berikan kepada kita semua. Sehinggakan ia dianggap biasa, saya tidak tahu lah apa lagi yang maksiat-maksiat besar ini akan dipandang BIASA lagi..Mahu kata salah wanita,salah juga lelaki yang membuatnya. Mahu kata salah siapa lagi??

Tatkala tiada iman di hati, maksiat berani dilakukan bertepi, tibalah saat menanti~Kiamat Allah jua akan tiba nanti!!!!

p/s-tepuk dada tanya iman kita..

Friday, October 16, 2009

Selamat Datang!!~


Nurul Huda Maisarah


Alhamdulillah, kami menerima kedatangan ahli keluarga baru legasi Mohd Noor dengan begitu gembira dan penuh kesyukuran. Dengan mencukupkan bilangan cucu abah dan mami kepada 5 orang, dengan bertambah seorang lagi kaum Hawa pada bilangan cucu-cucu ini.

Tidak mahu menulis panjang, selamat datang bapak sedara kamu ini ucapkan kepada Nurul Huda Maisarah bt Mohd Hilmi ke dunia yang indah ini. Semoga kamu sihat-sihat selalu ya!!!~